Wednesday 14 November 2012

Kota London, England The Great Britain 2011

Thanks Shukri jadi tour guide :D 
at Tower Bridge

Bersama Doktor pakar Muhammad Asyraf
28 Julai 2011.. Perjalanan dari Paris ke London mengambil masa lebih 8 jam.. harga tiket Bas Eurolines dari Paris ke London sebanyak 43 Euro.. bas menggunakan laluan terowong bawah laut dari France ke England.. Sampai di Kota London sahabat ku Mohd Shukri (shuk) dah tunggu aku kat bas stop.. actually aku tak kenal pun sape shuk ni.. that day first time kami jumpa dan jadi kawan.. memang shuk seorang hamba Allah yang baik sangat.. walau shuk tak kenal aku tapi selambe jer tolong aku macam dah kenal lama.. lagi best ialah Shuk bagi stay kat apartment dia kat East London..

Sampai di rumah Shuk.. aku di perkenalkan dengan Muhammad Asyraf (acap) dengan Fatul.. Housemate Shuk.. actually diorang semua tengah cuti sekarang ni.. dan acap baru jer grad jadi seorang doktor.. Fatul pulak tengah sibuk kemas barang nak ikut rombongan sukarelawan dari England ke Kenya.. seorang lagi housemate shuk dah balik malaysia.. memang tak sempat nak jumpa..


London Muslim Centre @ East London
Tower of London
The Monument Greet Fire of London 
Menaiki 313 anak tangga monument
Pemandangan dari atas Monument Greet of Fire
Mesin tembak ikan paus hahaha..
The East London Mosque 
Acam gaya kene tiru hahahaa..

Dan Acap balik malaysia for good 2 hari kemuadian.. so in the end tinggal aku dengan shuk je.. sempat la shuk bawa aku jalan2 kat area Central London.. untuk lihat dan buat apa yang patut.. Shuk kata nanti bila bulan puasa dia dah start keje part time.. so tak ada masa lak nak bawa jenjalan..


Statue Perkerja Buruh yang
membangunkan Bandar London

29 Julai 2011.. Hari ni Acap masak nasi daging untuk lunch.. perghh memang sedap sehingga menjilat jari.. keesokan pagi tu pulak Fatul masak nasi lemak untuk breakfast.. makin segan aku duduk rumah nie hehee...  asyik makan sedap2 jer.. walau Fatul akan bertolak ke Kenya hari ni.. sempat jugak masak nasi lemak untuk breakfast.. thanks fatul.. :D

So hari jumaat kami solat jumaat di London Muslim Centre Masjid.. jalan kaki je dari rumah Shuk.. Bak kata acap kenapa diorang sewa apartment kat sini sebab nya semua dekat.. masjid, pasaraya, kedai2, restoran halal, dan yang paling penting ialah hospital memang dekat sangat.. if something happen hospital dekat je la.. itu kata mereka.. so memang siren ambulan memang 24 jam dengar.. seronok lak hahaa...

So lepas kitorang solat jumaat shuk bawa aku round2 Kota London.. dari rumah dia jalan kaki jer pi masjid then jalan kaki lagi.. dah sampai Tower of London.. ianya sebuah istana lama.. dan.. nak info lagi pi baca wikipedia hahaha..

Museum Kapal Perang in front City Hall.
 at City Hall
Awat lama sangat nak menentas..
@ City Hall
Jom beli Souvenirs :D
Murah Fridge Magnet 5 for 5 pound..
T-shirt 3 pound..
Hantu yang berkeliaran di London

Then pi naik The Monument Greet Fire of London tak jauh berjalan dari Tower of  London.. dapat sijil tu yang best sket tapi tinggi tu not bad la 313 anak tangga hahahaa... then lepas tu menapak jauh gak ntah sampai mana2 ntah tapi yang pasti dah nak sampai Eyes on London :P..

Sempat la beli souvenir kat kedai tepi jalan.. nak kata murah tu boleh la sebab murah sket dari bandar2 europe yang lain macam paris, brussels dan amsterdam.. 5 fridge magnet 5 pound... 10 poskad 1 pound.. 1 tshirt 4-6 pound..

St. Paul's Cathedral
"Welcome To The City Of  London"

Tinggal aku dengan Shuk je.. Acap dan Fatul dah tak ada.. keesokan hari datang lagi seorang tetamu pelajar Malaysia dari Mesir Ustaz Mohd Azrin.. memang berkat sungguh rumah nie.. ramai tetamu rezeki pun memang melimpah ruah pada penghuninya.. actually shuk bagitau aku.. memang kebiasaan ahli family tau student datang tumpang rumah student Malaysia kat UK ni..

Ikan Salmon masak asam pedas..  Terbaik  :D
Sayur goreng campur..
Ayam goreng madu berempah
Last sekali Ikan Trout goreng berkuah sambal

Bila start bulan puasa shuk dah start kerja part time so aku dengan ustaz mohd azrin plan nak masak sedap2 untuk shuk waktu berbuka nanti.. kitorang pun pergi la membeli belah kat sekitar pasar East London cari barang2 untuk di masak.. 

Ayam sekor 2 Pound.. kepala ikan salmon 1 pound dapat dua.. besar lak tu dekat sekilo.. ikan trout 4 ekor 2 pound sekilo lebih gak la.. beli2 sayur dengan barang2 lain.. tak sampai pun 10 pound kot.. mungkin mahal juga but kitorang nak masak sekali ni je so tak apa la :P

Pintu masuk Masjidul Huda
Suasana selepas solat terawih di Masjid Al-Huda
Bergambar jap on the way balik  dari tarawih

Malam kalau awal kami akan ke East London Mosque untuk bersolat taraweh.. kalau tak sempat.. agak2 macam dah lewat.. kami pergi yang dekat jer tapi kecik sket la.. Masjid Al-Huda.. bernasib la kalau dapat tempat untuk bersolat.. pengalaman selama 9 hari di Bandar London ini cukup membuatkan aku tersenyum.. especially budi baik pelajar2 Malaysia di sini.. Thanks to all :D

Tuesday 13 November 2012

Kaki Melangkah Dari Stockholm Airport ke Bandar

"We could not find your reservation" 
KLM buat lawak sebelum fligt..

Airport Bus to Central City Stockholm 
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Flight dari Schiphol Airport - 7 August 2011 to Stockholm 7:15 am by KLM Dutch Royal Airlines.. mengambil masa lebih sejam setengah.. actually ticket return aku ialah JohannesburgStockholm via Amsterdam.. but aku amik transit 3 minggu di Amsterdam.. Stockholm adalah destinasi sebenar aku.. saja la jalan2 sebelum sampai Stockholm nanti.. sempat la pi Brussels, Paris and London..

Alhamdulillah bila masuk kapal terbang ada pulak jemaah tabligh dalam penerbangan ni.. tenang la sket.. 9.00 pagi lebih aku dah sampai Airport Stockholm.. cuaca agak mendung.. dan yang best nya tak ada siapa yang akan amik aku.. memang dah di beritahu awal kene naik pengakutan awam untuk sampai ke destinasi..

Aku pun okey jer, tak kisah.. adventure sket kan..?? dan akan ke rumah Auntie Shalwati (Auntie Shal)  & Uncle Azizul Raheem di Spanga (sebutan Spo-nga..) Stockholm..

Ikut panduan.. first kene naik mana2 bas dari airport ke Centrel Stockholm.. okey if korang umur  bawah 26 tahun make sure amik student price dapat la diskaun 20 % untuk tiket bas dari airport ke Bandar Stockholm so harga dapat K 89.00.. bas akan stop sebelah station bas yang juga train station..

Ikut panduan.. kene cari Tunnel Banna link for Train Pendeltorg untuk ke Spanga.. but banyak sangat link train kat sini.. di sebabkan beg aku berat dan besar.. maka aku letak jer kat tepi dinding.. sementara nak pi cari Tunnel Banna link Train Pendeltorg.. insyallah tak de orang curi beg aku sebab berat kot hahaha.. bila dah jumpa.. first step kene beli tiket train.. Auntie Shal kata beli yang 180 Kron sebab boleh pakai 8 kali.. hah..!! 8 kali jer? memang mahal.. salah satu bandar yang termahal di dunia kot.. layan je la..


Jom beli berry's yang murah2 nie.. 
Cerry and mushroom pun ada nyummy nyummy.. :p
@ Stockholm Central.

With Ammar Azizul at Royal National City Park
Uncle Azizul, Auntie Shal, Arif and Ammar
Siapa cepat dia dapat la... hehehee.. :D
Amik Aisyah, Amar, Adam & Arif balik dari sekolah :D

Teman Arif dekat sekolah :P
Bersama warga Malaysia di Sweden

Then naik Train Pendeltorg ke Spanga.. sampai Spanga kene naik bas untuk ke kawasan rumah (dah lupa nama kawasan).. bile aku naik bas, driver minta tiket.. aku kata aku nak bayar la nie.. dia kata kene bayar tiket kat kaunter train tadi.. pening aku.. dah la tengah hujan lebat nie..


Rupa2 nya tiket train sekali dengan tiket bas.. dalam sejam boleh guna tiket yang sama untuk semua train dengan bas.. but time tu aku still tak faham.. but driver bas tu bagi free next time dia kata make sure ade tiket ok hahahaa.. baik lah pakcik..


Dia tanya nak turun kat mana? aku bagi la kertas yang tertera nama kawasan tu.. nama sebut pun susah.. lepas 3 kali stop je dah sampai.. nasib baik driver bas tu bagitahu.. aku baru nak pejam mata sebab ingat jauh..

Turun bas je nampak amar (11 tahun) anak kedua Uncle Azizul dah tunggu aku kat bas stop dengan payung & baju hujan.. ikut dia jalan kaki tak jauh mana.. tak sampai 5 minit dah sampai rumah.. abis basah kuyup tapi bagus gak sebab dah lama tak main hujan hehee.. so aku stay kat sini sebulan.. Berpuasa dan bertarawih.. dan mengajar kanak2 nie membaca quran..

Pemandangan dari depan rumah 
Uncle Azizul - 9 degree
Amar dengan robot lego :D
Makan2 di rumah warga Malaysia yang lain
Mimbar di Masjid Besar Stockholm
       Berkumpul bermain Badminton with Malaysian

Selang 2 hari lepas tu student Auntie Shal.. Her supersenior student Kak Melati - nama famous Kak Mell dia suh aku panggil dia Kak Mell... pun datang Stockholm sebab dia baru habis master kat Denmark..

Saja la datang ziarah cikgu dia di Stockholm ni sebelum pulang ke tanah air for good.. keadaan rumah agak riuh rendah dengan penghuni yang ramai..baru la dapat rasa nikmat menyambutan kedatamgan Bulan Ramadhan 1431 H.. by the way Kak Mell banyak ajak aku ikut dia jenjalan.. sebab dia pernah datang Stockholm sebelum ni.. bagus jugak la sebab aku pun tak abis study lagi pasal interesting place kat sini.. Thank you so much la Kak Mell.. :D

Bergambar kenangan terakhir sebelum berpisah di pagi hari 
sebelum waktu subuh with Uncle Azizul & Auntie Shal :D

Untuk Sambungan Cerita Di Sweden - Sila klik Link Di Bawah :

Berjalan - Jalan di Sekitar Stockholm City (Part 1) 
Berjalan - Jalan di Sekitar Stockholm City (Part 2) 
Salmon Fishing Trip To Falun - Sweden 
Suasana Raya Di Perantauan - Stockholm Sweden

Sunday 11 November 2012

Bandaraya Paris - France Republic : Part 2

Sambungan Dari Bandaraya Paris - France Republic : Part 1

Hari kedua ni aku memang nak rehat dalam rumah jer.. lama gak aku tidur.. lagi pun family Isaa tak berapa fasih berbahasa English.. kalau nak berborak pun susah.. bila petang baru Isaa kejut.. ajak aku teman dia pi airport amik kawan dia.. baru balik dari Mexico..

Isaa, aku, Mehdi and Isaa..
Nampak sgt orang melayu ni rendah hahaa.. 
Ini lah dia masakan nasi cara Senegal..
Sedap dan hampir sama dengan nasi goreng.. :D

Kawan2 Isaa ni rakyat France tapi seorang keturunan Albania nama Mehdi.. dan seorang lagi keturunan Senegal.. nama Isa jugak.. Malam tu mak Isa ni ajak aku ngan Isaa makan malam di rumah.. masakan macam lebih kurang nasi goreng ayam.. tapi di tambah dengan sayur kukus dan ikan goreng.. hampir seminggu aku tak makan nasi.. memang kami makan malam tu agak haloba hahahaa.. sementara tengah masak tu.. mak Isa minta aku jadi imam magrib dan isyak..

Pukul 09:30 malam.. selepas makan malam aku dengan Isaa menuju ke Paris nak tengok Arc De Triomphe.. tapi kejap je sebab semua mata dah kuyu mengantuk.. lagi pun malam camera tak cukup canggih nak amik gambar :P .. on the way balik rumah Isaa aku tido jer dalam kete..


Shopping sket jer.. 
Bergambar je yang lebih..
Under Ground Metro Paris
Sanggup train ni berhenti sebab nak
bergambar dengan aku..
Itulah..
 Unit Polis khas di tempat touris 

Eiffel Tower dari bawah..
Kearah selatan anda akan ke sini
Ini ke arah utara akan jumpa tempat ni
Tiang2 pelbagai bahasa..
Simbol keamanan.. Isaa kata la.. :P
Speecless.. penat..
Tiru gaya member aku..
 kat Taj Mahal.. sorry Iszu..

Budak malaysia 
jakun tengok Eiffel Tower..

Central Eiffel Tower..
Kat sini memang sesak..

lebih 20 bahasa untuk keamanan


26 julai 2011 - Selasa.. Hari ni pepagi lagi dah bangun.. sebab nak kene pergi banyak tempat kata isaa.. dan dia kata tunang dia pun akan join sekali.. aku okey je.. 


First kami pergi Sacred Heart Basilica of Montmarte ( Sacre-Coeur).. memang ramai orang kat sini.. siap boleh berebut teropong dengan nak orang putih mana ntah.. 


Duduk layan view sekejap.. dekat sejam then terus move ke Eiffel Tower naik Metro underground.. time ni tunang Isaa tak ikut sebab nak balik rumah.. nak kene masak untuk adik2 dia.. bagus tunang Isaa ni hafizah lak tu..


Sebelum balik sempat la Mariam belanja aku makan Chocolate Waffle.. by the way.. si mariam ni boleh cakap melayu sebab dia pernah belajar tahfiz kat Hulu Langat selama 3 1/2 tahun.. pelik tapi benar.. :D


Dalam pukul  16:00 pm kami sampai di Eiffel Tower.. lepak sekitar Eiffel Tower lebih sejam.. aku tak naik pun Eiffel Tower.. just tengok dari bawah jer.. malas nak bayar ticket dia yang mahal :P .. dan second sebab line nak beli tiket panjang 50 meter.. dan line menunggu nak naik lift untuk ke atas Eiffel Tower pun dekar 50 meter.. huhuuuWaktu malam Isaa bawa aku pi Musee du Louvre.. 


Kalau dari information kata The World Largest Museum.. kami sampai waktu malam.. tak nampak apa sangat la.. so the palace stretches for about half mile between the Seine and rue de Rivoli. Telah dibina pertama kali oleh Philippe-Auguste pada kurun ke-13.. 300 tahun kemudian Francois 1 memperbaharui dengan Renaissance style building..


Glass Pyramid at Museum du Lourve.
Antara penat dan enjoy the moment...

Ramai King France menambah "construction" bagi memajukan lagi bangunan ini.. dan ada juga raja yang menggunakan tempat ini sebagai kediaman mereka.. First time ia di buka untuk umum pada tahun 1793 dan digunakan sebagai museum untuk pertama kali nya.. dan penambahan baru pada museum ini adalah Piramid Kaca yg di"desing" oleh I.M.Pei...

Di sebabkan malam tak nampak sangat.. maka ke esokan pagi 27 Julai.. kami datang sekali lagi ke Museum Du Lourve.. baru la boleh amik gambar sebaik2 nya..dan jalan2 pi Eyes on Paris dan terus ke Arc De Triomphe.. menapak jauh sket je..


Museum Du Lourve
Bila pagi baru la nampak.. baru lah clear..
Ini bukan Arc De Triomphe.. ini kecik sket..
Statue ni smart.. posing sket..
Garden near by eyes on Paris
Eyes On Paris
Continue Part 3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...